Monday, January 21, 2008

Maya Karin, Farid Kamil ada apa-apa ke?


SEBENARNYA kisah yang membabitkan dua pelakon sensasi yang sedang memanjat carta popular ini - Maya Karin dan Farid Kamil dah lama hendak Zubir paparkan di ruangan ini, tapi masa tidak mengizinkan, namun hari ini Zubir berkesempatan menceritakannya supaya peminat dapat membuat tafsiran tanpa komen Zubir yang pernah dituduh ‘lalang’ oleh seorang aktor terkenal.

Rasanya mungkin ramai dah tahu artis seperti Farid, Iqram Dinzly, Fouziah Gous dan Faezah Elai berangkat ke Brisbane dan Gold Coast, Australia mulai 19 Disember hingga 2 Januari lalu bagi menjayakan penggambaran drama bersiri Enigma arahan Prof Madya Razak Mohaideen.

Ceritanya bermula begini. Pada 19 Disember itu, hari mereka berlepas ke Australia, Zubir dapat tahu, Farid sempat menghubungi Maya beberapa jam sebelum dia berlepas. Adalah kira-kira 10 minit mereka berbual mesra di telefon dan sesekali kelihatan Maya tersenyum sendiri, mungkin ada cerita jenaka daripada Farid.

Macam mana Zubir tahu semua ini? Dunia hiburan ini kecil saja. Kebetulan pada hari berkenaan, Zubir bersama Maya sedang melepak di sebuah restoran di sekitar Bandar Utama dan pada masa sama juga telefon Maya berdering. Apabila Zubir tanya siapa yang menghubunginya, Maya tanpa berselindung memberitahu panggilan daripada Farid.

“Saja dia (Farid) telefon I, dia beritahu dia nak berlepas dah ke Australia. Sebagai kawan, bagi I, it’s okey, Farid boleh call sesiapa saja kawan yang dia nak, yang dia suka. Bagi I, no problem at all,” kata Maya memberitahu Zubir butiran perbualannya bersama Farid.

Zubir pun hairan juga, dalam ramai-ramai kawan artis, Farid akhirnya pilih Maya. Lazimnya kalau kita nak pergi jauh, misalnya ke luar negara meninggalkan seseorang yang kita anggap istimewa, kita pasti menghubungi orang itu selewat-lewatnya sebelum boarding time. Zubir sendiri sering mempraktikkan ‘kaedah’ itu.

Bagi Zubir, memang tidak menjadi satu kesalahan, Farid pun dah kembali solo selepas putus cinta dengan Irma Hasmie, tapi Maya pula dah ada boy friend Mat Salleh. Zubir terus teringat kepada satu pepatah Inggeris yang cukup popular, ‘best man win’! Justeru, terpulang kepada peminat membuat andaian sama ada Maya-Farid teman biasa atau ada usaha nak ‘masuk jarum’. Abang Zubir gurau saja Farid, jangan marah!


Sumber: http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/ZubirIntip/20080113131330/Article/

0 comments: